johor malaysia flag

Rang undang-undang (RUU) penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang membuka laluan kepada penglibatan Sultan Johor dalam pentadbiran negeri, telah pun diluluskan (semalam). Menjelang pembentangan RUU tersebut, hingga ke hari ini, isu penglibatan Istana dalam pentadbiran Negeri, hangat dibincangkan. Ia dicetuskan oleh kebimbangan Tun Mahathir akan kemungkinan terdedahnya institusi Raja kepada kritikan. Beliau juga […]

tejaea6

‘Ketuanan Melayu’ adalah candu pemikiran yang menyuntik keyakinan palsu kepada orang Melayu. Ia hanyalah khayalan atau delusi, yakni kepercayaan songsang yang tidak berpaksikan kebenaran. Hakikatnya, orang Melayu tidak pernah menjadi ‘tuan’ di negara ini. Sejak dari zaman penjajah, ke pasca merdeka, hingga kini, orang Melayu diperkudakan pemerintah, baik penjajah, mahupun pemimpinnya sendiri. Kehidupan orang Melayu […]

Johara-Pagi-Era

Radio sudah menjadi sebahagian dari hidup kita. Bicaranya menjangkaui segenap lapisan masyarakat. Ke mana sahaja seseorang pergi, pasti akan kedengaran radio. Restoran, gedung beli-belah, pejabat, lapangan terbang, stesyen bas – di mana-mana sahaja. Di kota, tatkala terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, radio-lah menjadi teman hati. Radio kebelakangan ini dipenuhi lawak murahan. Dengarkan stesyen radio perdana […]

PAS-DAP

Politik Pakatan Rakyat sedang bercelaru. PAS dan DAP  kini berkelahi tentang Hudud. Manakala PKR, bertelagah sesama sendiri gara-gara Pemilihan parti. Fokus Pakatan Rakyat, iaitu membela kepentingan rakyat dan menekan kerajaan kearah pentadbiran efektif dan berdaya saing – terabai.   Hudud hanyalah sandiwara UMNO Walaupun sudah lama dilagakan UMNO dengan sentimen-sentimen agama dan perkauman, PAS dan […]

hudud

Walaupun hangat diperbedatkan, maklumat tentang Hudud amatlah sedikit. Kerana kurangnya maklumat, rakyat jadi keliru. Kekeliruan ini diburukkan lagi dengan pertembungan politik, dan perselisihan antara kumpulan manusia yang mahukan perhatian dan pengaruh. Selain parti-parti politik yang sememangnya tidak mengenal erti kompromi, pertubuhan-pertubuhan berkaitan agama turut bertembung. Pertembungan ini bukanlah baru, tetapi lanjutan daripada perselisihan-perselisihan yang lalu […]

kepuasan segera

‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’ Gaya hidup masyarakat kita telah banyak berubah. Antara unsur yang semakin menular adalah kecenderungan mengejar kepuasan segera. Kepuasan, keseronokkan dan kegembiraan, ingin dikecapi dalam masa sesingkat, dengan usaha seminima mungkin. Teknologi, pengaruh pengiklanan, media massa, pola pendidikan, perkembangan ekonomi dan pengaruh globalisasi menyumbang kepada budaya ini. Kesan-kesan negatifnya […]

agenda melayu

Di kala dunia pesat berkembang, isu Melayu masih sama – kemiskinan. Biarpun sudah hampir 60 tahun merdeka, orang Melayu tetap ketinggalan. Dahulu, boleh disalahkan penjajah yang sengaja melemahkan kuasa politik dan ekonomi Melayu bagi mengaut kekayaan negara. Sekarang, alasan yang sama tidak boleh diterima. Kemiskinan Melayu kini bertambah parah disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda negara. […]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 156 other followers