Guruh, gunung dan burung-burung bertasbih kepada Allah

‘Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya… Ar Ra’ad: 13. (klik)

Diceritakan, pada suatu masa, ada sekoloni semut yang tinggal berhampiran dengan seorang manusia yang selalu bertasbih. Semut-semut ini kebingungan apabila mendengar bunyi yang keluar dari mulut manusia ini. Maka segolongan para cendikiawan semut pun membuat kajian. Disimpulkan bahawa udara yang keluar dari mulut manusia ini berasal dari dadanya. Had laju udara itu dikawal oleh pipi dan lidah manusa itu lalu menghasilkan perbagai perbezaan tekanan yang menghasilkan gelombang yang unik. Gelombang yang diterjemahkan dalam bentuk amplitude dan frequency inilah menghasil bunyi yang semut-semut itu dengar. Maka semua cendiakawan semut dianugerahkan anugerah Nobel.

Sebenarnya, apa yang didengar oleh semut-semut adalah tasbih. Mereka cuba untuk faham namun  tidak benarnemar mengerti apa yang mereka dengar.

Cerita diatas adalah gambaran dan perbandingan yang digunakan oleh Allahyarham Imam Anwar Al Awlaki ketika beliau secara sinis menerangkan maksud ayat diatas. Ya, pelbagai teori saintifik telah diketengahkan mengenai  fenomena guruh dan guntur ini. Tetapi, kita seperti semut-semut diatas, dianugerahkan kebolehan yang terhad untuk memahami pertuturan alam ciptaan Allah SWT. Tidak kiralah berapa pandai akalnya atau berapa canggih teknologinya. Pemahaman tentang alam hanya mampu dijelaskan dalam bentuk fizikal sahaja. Sebab itu perlu diterangkan yang  guruh itu sebenarnya sedang memuji Allah di dalam ayat diatas.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa insan pilihan yang pernah dikurniakan kebolehan memahami pertuturan alam dan makhluk yang lain. Yang paling menonjol adalah Nabi Daud a.s dan Nabi Sulaiman a.s. Keduanya adalah raja di zaman emas Bani Israil.

Nabi Daud a.s dikurniakan kebolehan mamahami pertuturan burung. Suara Nabi Daud a.s amatlah merdu dan bacaan Kitab Zaburnya cukup sedap didengari. Hinggakan apabila bertasbih, Allah tundukkan burung-burung malah gunung-ganang untuk turut bertasbih bersamanya. Lihat ayat dibawah:

‘Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu pagi dan petang, dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masing amat taat kepada Allah.’  Sad: 18-19 (klik)

Subhanallah!

Nabi Sulaiman a.s juga dianugerahkan kebolehan memahami pertururan alam haiwan, seperti ayat di bawah:

‘Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: “Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata’. An-Naml: 16. (klik)

Beliau juga boleh memahami pertuturan semut:

‘Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: ‘Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak terinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari’;, maka dia tersenyum kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: ‘Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada ke dua orang ibu dan bapakku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.’ An-Naml: 18-19 (klik)

Bukan itu sahaja, beliau boleh berbicara pula dgn burung, seperti yang diceritakan di dalam Surah  An-Naml: 20-28 (klik). Beliau bertutur dengan burung Hud-hud tentang singgahsana puteri Balqis. Malah, diceritakan di dalam surah An-Naml, kerajaan Nabi Sulaiman a.s termasuk kalangan binatang dan Jin.

Allahu Akbar!  Tinggi sungguh makan para ambia’.

Tidaklah layak kita untuk dibandingkan dengan para Nabi. Tanggungjawab dan pengorbanan mereka besar. Allah memberi kelebihan dan pertolongan selayaknya.

Kemampuan dan ilmu kita amatlah cetek. Ilmu manusia sejagat diibarat setitis air di lautan jika dibandingkan ilmu Allah pencipta sekian alam. Malaikat dan setiap makhluk di bumi dan langit tunduk dan bertasbih membesarkanNya. Sayangnya, kita masih lagi bangga dan sombong dengan pencapaian ‘intelek’ yang kucil ini. Walhal, pertuturan alam dan makhluk lain tidak dapat difahami.

Seharusnya kita peka dengan setiap penciptaan alam. Apa saja di keliling kita. Pokok-pokok bermacam rupa, binatang pelbagai spesis, air di sungai  yang ada sukatannya, berjuta billion plankton di lautan, bulan,  matahari dan tak terkiranya bintang-bintang dilangit . Tidak tercapai akal fikiran kita. Ini semua ciptaan Allah SWT.  Mereka sentiasa taat dan tunduk dengan keagungan Allah SWT.

Semoga kita diberi hidayah untuk menghayati kebesaran Allah SWT, serta insaf dan bersyukur dengan segala kurnia-Nya. Amin.

‘Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur’. Al A’raf: 10 (klik):

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 135 other followers

%d bloggers like this: